Saturday 29 September 2012

Kuda Laut : Haiwan Lagenda


Sejak kita masih kecil haiwan ini amat di kenali dan popular. Menariknya ia adalah salah satu spesis haiwan dan tidak mempunyai gigi dan perut.Jadi ia menjadi haiwan kuat makan agar terus hidup..Mungkin motto haiwan ini adalah makan untuk hidup.Ia makan udang dengan cara menyedutnya.



Saiz kuda laut unik.lbh kurang setinggi cawan.Ia di katakan antara haiwan setia yang hanya mempunyai satu pasangan sahaja sepanjang hayatnya.Tetapi ada juga kajian mengatakan pandangan ini tidak benar.Mungkin ia mengikut jenis spesisnya.











Kuda laut bergerak sejauh 150cm/j.Kuda laut jantan mengandungkan anaknya melalui kantung induk di hadapannya.Yang betina akan memasukkan telurnya melebihi 1500 biji telur untuk disenyawakan. Ia akan berada di dalam kantung sehinggalah anak-anak tadi cukup umur untuk keluar.Kuda laut juga banyak dinyatakan di dalam lagenda dan mitos.

Thursday 27 September 2012

Perubahan Cuaca Boleh Membunuh 100juta Manusia

London: Lebih dari 100juta manusia akan mati dan pertumbuhan ekonomi global akan berkurangan kepada 3.2% dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2030 jika warga dunia gagal menghalang perubahan cuaca,menurut satu laporan yang di keluarkan oleh 20 negara semalam.











Suhu purata dunia makin meningkat kerana pengeluaran gas rumahijau, kesannya kepada planet,seperti ais yang mencair,cuaca ekstrem,kemarau dan aras air laut yang meningkat, akan mengancam populasi dan kehidupan, menurut laporan yang di lakukan oleh organisai kemanusiaan Dara.













Menurut kiraan yang dijangkakan, 5juta kematian berlaku setiap tahun berpunca dari pencemaran udara,kelaparan dan penyakit kesan daripada perubahan cuaca dan ekonomi beteraskan carbon, dan jumlahnya kemungkinan akan meningkat naik kepada 6juta  orang pada tahun 2030 jika corak penggunaan semasa minyak fossil berterusan.- Reuters
Misteri Crop Circle : Seni Alam Yang Indah


Segala puji bagi Allah,Tuhan sekelian alam..Crop circle adalah misteri yang mengkagumkan,terjadi di 29 buah negara setakat yang diketahui hingga kini.Terdapat 2 pendapat tentang asal usul kejadian.Satu pendapat mengatakan ia hasil entiti asing,satu pendapat lagi menyatakan ia adalah buatan manusia.

Kanvas yang selalu di gunakan adalah di ladang gandum,barli,jagung dan ditemui juga di sawah padi.Mula ditemui sejak tahun 1970an.Lebih dari 10,000 kes telah ditemui.

Rekabentuk crop circle berubah mengiku masa.Pada awal kemunculannya ia hanyalah bulatan-bulatan ringkas,namun hari ini lakarannya semakin kompleks dan meliputi kawasan yang besar sehingga 200,000kaki persegi. 

























Para pengkaji telah mengemukan banyak teori tentang crop circle.Kehadiran ultrasound,kompas dan peralatan elektronik tidak berfungsi di dalam kawasan cropcircle menambahkan lagi misteri ini.








Ditemui juga batang pokok rebah tidak patah tapi dibengkokkan 90darjah,sesuatu yg tidak mungkin dapat di lakukan manusia menggunakan papan dan tali.










Namun kita berkongsi dunia ini dengan jin dan syaitan,Bukankah jin afrit pernah mengangkat istana Ratu Balqis dengan sekelip mata sahaja.Hanya Allah yang lebih mengetahui.Wallahualam.




Wednesday 26 September 2012

RUMAH..

 

Kita sentiasa berevolusi dalam merekacipta pelbagai keunikan. Rumah juga tidak terlepas dari rekaan-rekaan ektrem..

                                           

 1.    Krzywy Domek a.k.a The Crooked House (Sopot,Poland) 

-di bina pada 2004,ia menjadi ikon tempatan dan amat terkenal di seluruh dunia.Ia sebenarnya bukanlah sebuah rumah tetapi sebahagian dari pusat membeli belah,deretan restoran dan bangunan pejabat.

 

 

                      

 

2.    Nautilus House (Mexico)

-dibina pada 2006.

  Rumah ini di jadikan tempat berteduh oleh Magali dan Fernando Mayorga dan 2 orang anaknya Allan dan Josh. Dibina agar manusia dapat merasa seperti hidup dalam cengkerang.










3.    Cube House (Belanda dan Canada)


      Rotterdam,Belanda

-di bina pada 1984,terdapat 32 kiub yang bersambungan semuanya.Arkiteknya adalan Piet Blom.

 




Helmond,Belanda

Foto:Peter Warmerdam

 

 

 

 

 

 

-di bina pada 1970-an oleh Piet Blom.Ianya sebagai pusat mesyuarat majlis perbandaran Helmond. Di tengah-tengahnya terdapat theater yang pernah terbakar pada 1991.

 

 

 

 

 

 

Toronto, Canada 

-di bina pada 1996,terletak di lokasi yang sesuai untuk menjadi papan iklan iaitu di tepi highway. Ia separuh rumah dan separuh papan iklan.

 


 

   

Tuesday 25 September 2012


SABRA DAN SHATILA HARI INI- 2012


30 tahun lampau 3,000-3,500 warga Palestin di kem pelarian Sabra dan Shatila di sembelih beramai-ramai. Kejadian ini di lakukan oleh manusia berhati haiwan, militia Kristian Phalangist. Mereka menceroboh masuk dengan bantuan Yahudi Israel.....




Pembunuhan bermula pada 16 September  dan berakhir pada 18 September 1982. Selepas militia phalangist meninggalkan tempat penyembelihan pada 8.00pg, wartawan yg di benarkan memasuki kem melihat ribuan mayat yang di siat-siat,di cacatkan dan ada antaranya yang di cacah dengan lambang salib.Seorang pemberita Amerika Janet Lee Steven menulis kepada suaminya Dr Franklin Lamb.......................
         "Saya melihat mayat wanita di dalam rumah mereka dengan kain yang tersingkap ke paras pinggang  kaki yang terkangkang, berdozen pemuda di tembak selepas di bariskan menghadap dinding di    tepi jalan, kanak-kanak dengan leher di kelar,wanita mengandung dengan perut yang di belah denganmata masih terbuka luas, wajahnya yang dihitamkan menjerit ketakutan dalam diam, bayi dan kanak-kanak yang di tikam atau di siat-siat dan di campakkan ke dalam timbunan sampah tidak terkira  banyaknya."

Terdapat banyak lagi pengakuan dari lain-lain wartawan yang mengatakan ramai wanita-wanita di rogol sebelum mereka di bunuh.
Pada hari ini tidak ada upacara untuk memperingati peristiwa ini. Jika peristiwa World Trade Center 9 September 2011 di ingati oleh seluruh warga dunia, Sabra dan Shatila hanya  untuk warga Palestin menelan segala kepahitan.Dan selepad 30 tahun tidak ada pihak yang di hukum dan di persalahkan.Tidak ada perbicaraan,tidak ada negara yang di serang,yang ada hanyalah pusara peringatan di Lebanon.Tidak ada pemimpin dunia yang datang setiap tahun untuk memberi penghormatan.
Ironinya,hanya Israel yang membuat inquiry rasmi walaupun banyak cacat celanya. Kahan Commission mengatakan Ariel Sharon yang bertanggungjawab dalam pembunuhan beramai-ramai ini..tetapi akhirnya Ariel Sharon juga yang menjadi PM Israel..