taman tema tandas : korea selatan
setakat manakan pentingnya tandas kepada kita? sanggupkah kita masuk ke dalam kebanyakan tandas awam di malaysia? tidak kira sama ada di masjid, stesen minyak dan lain-lain, bayangan tandas ini adalah kotor, berbau dan tidak menyenangkan. setiap kita tentu mempunyai pengalaman terpaksa menahan rasa nak terkencing dan terberak kerana tidak sanggup masuk ke dalam tandas di sini. betapalah penting tandas dalam kehidupan harian kita.
di suwon, korea selatan, satu taman kebudayaan tandas telah di bina. tidak ada yang seumpamanya di dunia.
ia di bina berbentuk seperti tandas di bekas rumah sim jea-duck, bekas pengerusi pertama persatuan tandas dunia. ia di bina agar kesedaran tentang tandas yang bersih menjadi keutamaan bagi penduduk dunia. lihatlah di india, sukarnya mencari tandas yang berkualiti.