Tuesday 30 October 2012

telefon pintar dari buluh : satu pilihan

sebuah syarikat adcreative telah membangunkan telefon pintar dari buluh yang pertama, lengkap dengan pembagunan sistem operasi custom sendiri yang di namakan adoas. tidak di ketahui bila akan di pasarkan, kemungkinan pada tahun 2013.  setakat yang di ketahui telefon ini akan di jana oleh pemproses samsung 1.4GHz exynos 4 quad-core yang sama dengan samsung galaxy sIII, 1gb ram dan 16gb simpanan dalaman.
 






Monday 29 October 2012

siri geometric : buah dan sayuran

seorang artis dan jurugambar german  Sakir Gökçebag menyusun buah dan sayuran dengan bentuk geometrik dan menghasilkan seni yang hebat. tanpa manipulasi digital, beliau menggunakan kamera dan kemahiran mengukir untuk hasil ini.









 

terbesar di dunia : air pancut

pemimpin dubai sangat mahir mencipta rekod-rekod terbesar.tertinggi dan lain-lain ter. dan yang terbaru mereka membina air pancut terbesar di dunia sepanjang 275m di kawasan tasik burj khalifa yang luasnya 30 ekar.  
ia boleh di lihat setiap 20 minit, di hadapan bangunan tertinggi di dunia.





Wednesday 24 October 2012

di penjara : penyelidik ketakutan

 


pada 22 oktober 2012 enam orang penyelidik dan seorang pegawai kerjaan telah di jatuhkan hukuman 6 tahun penjara kerana kegagalan mereka memberi amaran yang mencukupi kepada orang awam risiko gempa bumi. kejadian gempa itu berlaku di l'aqula, italy pada april 2009.




"saya kecewa dan tertekan" kata enzo boschi, bekas ketua institut geofizik dan gunung berapi kebangsaan.
"saya fikir saya akan di bebaskan, saya masih tidak faham kerana apa di sabitkan kesalahan."   ini menimbulkan kemarahan dari saintis, penulis sains dan bukan orang sains, kerana tidak ada kaedah untuk meramal gempa bumi.

moralnya, senang menyalahkan orang lain untuk melepaskan diri. bayangkan jika sistem kehakiman malaysia yang telus. agak-agak berapa ramai ahli politik, pegawai kerajaan yang akan masuk jel. kita di sini  antara pengamal rasuah tegar.





Tuesday 23 October 2012

dasar pandang ke timur : ini hasil yang lumayan

ini adalah ilham artis jepun choo-san menggunakan lukisan arkilik. gambar ini tidak di ubahsuai secara digital.







 

rumah kita : di sini kita bernafas...

adakah ini akan menjadikan kita lebih menikmati hidup.. mengingati Yang Maha Esa setiap kali kita menarik dan menghela nafas yang masih percuma... hidup  yang bersyukur adalah hidup yang paling nikmat.. 







 


Saturday 20 October 2012

Nur : oleh clement briend

seni yang hanya dapat di nikmati apabila alam menjadi gelap.  seorang artis perancis clement briend menggunakan projektor yang memancarkan imej gargoil ke atas pokok.  dengan menafaatkan keadaan semulajadi tekstur daun untuk mencipta ilusi cahaya yang bersemarak- membuatkannya seperti bernyawa. kata briend terhadap kerjanya :
saya sentiasa ingin mengambil gambar dunia tanpa terlalu benar-benar setia terhadapnya. saya sentiasa membayangkan alat yang boleh merubah dan memasukkan unsur cahaya pada setiap gambar yang di ambil. fokus menjadi jurugambar termasuk menggunakan projektor dan bermula dari idea ini, maka pertunjukan imej menggunakan projektor.





Friday 19 October 2012

Raja Laut : Bangkit Dari Fossil


mungkin boleh di gelar sebagai t-rex lautan.  dinamakan sebagai pliosaurus funkei- 12m panjang dan kepalanya 2m lebar dengan gigitan 4 kali lebih kuat dari t-rex.  haiwam ini merupakan pemangsa paling hebat di laut 150juta tahun lampau.
 






perbandingan antara paus pembunuh, paus biru dan pliosaurus


pliosaurus, reptelia marin yang wujud pada zaman jurassic adalah haiwan yang mempunyai leher pendek, badan berbentuk leper dan kaki yang seperti penyu.  ini mengesahkan kajian-kajian bahawa lautan di penuhi dengan reptelia yang bersaiz gergasi pada jutaan tahun lampau.




Thursday 18 October 2012

senyum pagi....

oleh artis german : robert rickhoff














satu persepsi : kita pohon duit


"la bonns gambine"  di prilly, daerah vand, switzerland adalah syurga untuk membaiki peralatan elektronik. felix svylia memberi contoh "ini adalah pusat set tv.  condenser berhampiran dengan sink pemanas bersambung dengan transistor.  condensor sangat sensitif dengan kepanasan, jadi kenapa samsung meletakkannya di situ meskipun masih ada ruang di hujung papan litar.







ini adalah antara contoh yang sering menimbulkan sangkaan tetapi jarang terbukti.  pembuat alat elektronik dan perkakas sering di tuduh dengang sengaja memendekkan jangka hayat produk mereka untuk memaksa pengguna membeli peralatan yang baru lebih awal.





terdapat contoh-contoh lain seperti masin basuh generasi baru yang sukar di ganti bebola, produk telefon pintar yang gam dengan kuat agar sukar di baiki dan senarainya panjang lagi.  terdapat juga pengeluar yang sengaja menetapkan agar produk keluaran mereka tamat tempoh penggunaan bila sampai ke tahap pengeluarn tertentu.  contohnya mesin pencetak yang tidak boleh digunakan bila mencecah salinan ke 18,001 salinan, mesin membuat kopi yang berhenti berkhidmat bila cawan yang ke 3,001 di gunakan.  akhirnya, kita akan berpisah juga dengan duit yang kita berusaha keras mendapatkannya.  kita adalah kilang duit untuk mereka.