Thursday 27 September 2012

Misteri Crop Circle : Seni Alam Yang Indah


Segala puji bagi Allah,Tuhan sekelian alam..Crop circle adalah misteri yang mengkagumkan,terjadi di 29 buah negara setakat yang diketahui hingga kini.Terdapat 2 pendapat tentang asal usul kejadian.Satu pendapat mengatakan ia hasil entiti asing,satu pendapat lagi menyatakan ia adalah buatan manusia.

Kanvas yang selalu di gunakan adalah di ladang gandum,barli,jagung dan ditemui juga di sawah padi.Mula ditemui sejak tahun 1970an.Lebih dari 10,000 kes telah ditemui.

Rekabentuk crop circle berubah mengiku masa.Pada awal kemunculannya ia hanyalah bulatan-bulatan ringkas,namun hari ini lakarannya semakin kompleks dan meliputi kawasan yang besar sehingga 200,000kaki persegi. 

























Para pengkaji telah mengemukan banyak teori tentang crop circle.Kehadiran ultrasound,kompas dan peralatan elektronik tidak berfungsi di dalam kawasan cropcircle menambahkan lagi misteri ini.








Ditemui juga batang pokok rebah tidak patah tapi dibengkokkan 90darjah,sesuatu yg tidak mungkin dapat di lakukan manusia menggunakan papan dan tali.










Namun kita berkongsi dunia ini dengan jin dan syaitan,Bukankah jin afrit pernah mengangkat istana Ratu Balqis dengan sekelip mata sahaja.Hanya Allah yang lebih mengetahui.Wallahualam.




No comments:

Post a Comment