Thursday 27 September 2012

Perubahan Cuaca Boleh Membunuh 100juta Manusia

London: Lebih dari 100juta manusia akan mati dan pertumbuhan ekonomi global akan berkurangan kepada 3.2% dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2030 jika warga dunia gagal menghalang perubahan cuaca,menurut satu laporan yang di keluarkan oleh 20 negara semalam.











Suhu purata dunia makin meningkat kerana pengeluaran gas rumahijau, kesannya kepada planet,seperti ais yang mencair,cuaca ekstrem,kemarau dan aras air laut yang meningkat, akan mengancam populasi dan kehidupan, menurut laporan yang di lakukan oleh organisai kemanusiaan Dara.













Menurut kiraan yang dijangkakan, 5juta kematian berlaku setiap tahun berpunca dari pencemaran udara,kelaparan dan penyakit kesan daripada perubahan cuaca dan ekonomi beteraskan carbon, dan jumlahnya kemungkinan akan meningkat naik kepada 6juta  orang pada tahun 2030 jika corak penggunaan semasa minyak fossil berterusan.- Reuters

No comments:

Post a Comment