Tuesday 16 October 2012

8 Peraturan Menulis : Oleh Neil Gaiman  

oleh : brainpicking.org

1. Tulis.

2. Susun perkataan demi perkataan. Cari perkataan yang sesuai dan gunakan.
 
3. Selesaikan apa yang kamu tulis. Apa sahaja yang kamu perlu lakukan, selesaikan penulisan,   selesaikannya.

4. Letak ke tepi, bacanya dengan berpura-pura kamu tidak pernah membacanya sebelum ini. Tunjukkan   kepada rakan yang kamu hormati pendapatnya dan sesiapa yang suka bahan seperti ini.

5. Ingat : bila seseorang memberitahu kamu sesuatu yang tidak kena atau tidak berkenan kepada mereka, mereka selalunya hampir betul. Bila mereka  memberitahu apa yang sebenarnya mereka rasa adalah salah dan bagaimana untuk memperbaikinya, mereka selalunya hampir salah.

6. Baikinya. Ingatinya,sebelum atau kemudian, sebelum ia menghampiri kesempurnaan, kamu perlu  melepaskannya dan bergerak dan mula menulis perkara lain. Kesempurnaan adalah seperti mengejar horizon.Terus bergerak.

7. Gelak untuk lawak yang kamu tulis sendiri.

8. Peraturan utama menulis ialah kamu membuatnya dengan penuh kepastian dan keyakinan, kamu dibenarkan untuk melakukan apa sahaja yang kamu suka,Itu mungkin peraturan untuk kehidupan dan juga penulisan. Jadi tulis cerita kamu sebagaimana ia perlu di tulis. Tulisnya dengan jujur, dan kisahkannya sebaik mungkin mengikut keupayaan kamu. Saya tidak pasti jika terdapat lagi peraturan-peraturan lain.       

No comments:

Post a Comment