Saturday 13 October 2012

Buah Kuning : Pisang





Ia bengkok. Amat mudah di makan. Hanya buang kulit luarnya dan sedia untuk di makan. Ia merupakan buah no.1 dikalangan atlet, mungkin kerana ia adalah buah radioaktif yang mengandungi potassium-40. Radioaktif  ini mempunyai jangka hayat selama 1.25 bilion tahun sebelum terurai.









Pisang juga dapat mengatasi masalah obes kerana tidak terdapat lemak di dalamnya.Ia juga mampu menghalang beberapa jenis penyakit seperti tekanan,stroke dan melegakan gigitan nyamuk. Kulit pisang boleh di gosok di tempat gigitan nyamuk.Pisang mempunayi vitamin,protein dan karbohidrat yang berganda lebih banyak berbanding epal.






Terdapat lebih dari 1,000 jenis pisang tapi kebanyakannya tidak boleh di makan. Ia menduduki senarai ke-4 dalam jenis makanan yang di makan penduduk dunia selepas gandum, beras dan jagung. Negara Uganda merupakan negara paling banyak makan pisang. Pokok pisang di kategorikan sebagai herba dan tidak mempunyai biji benih. Oleh itu ia terdedah kepada kepupusan jika di serang penyakit ekstrem. 




Terdapat satu istilah iaitu Banana Republic yang bermaksud negara yang dalam keadaan tidak terurus. Syarikat besar menyokong sesetengah diktator di negara-negara mereka mempunyai kepentingan. Ini di lakukan agar mereka mendapat tuaian hasil pisang yang murah.











No comments:

Post a Comment