Sunday 18 November 2012

kelaparan & kebuluran : di mana penamatnya

kelaparan adalah fitrah semulajadi insan. kelaparan yang keterlaluan membawa kepada kebuluran. ini berlaku kerana makanan tidak dapat memenuhi permintaan. hasilnya kita akan melihat imej manusia yang kurus kering dengan tulang belulang yang dapat di kira. permintaan untuk makanan makin meningkat, sesuai dengan jumlah penduduk bumi yang semakin bertambah. ini memberi beban kepada petani untuk membekalkan bahan mentah untuk makanan, di tambah dengan faktor-faktor lain yang menyebabkan pengeluaran makanan makin berkurangan.

di masa hadapan masalah ini makin meruncing jika pengeluaran tidak di tingkatkan dan manusia masih lagi dengan pembaziran makanan. alam juga perlu di jaga agar bencana alam tidak menjejaskan tanaman. manusia juga perlu mencari kaedah penaman untuk makanan sendiri untuk mengurangkan penggantungan kepada petani. jika ini dapat di lakukan kemungkingan statistik 5 juta kanak-kanak mati setiap tahun dapat di kurangkan.

 
4 dekad lau satu skim di namakan green revolution telah di lancarkan tetapi ia masih gagal mengatasi masalah ini. mungkin perbelanjaan untuk senjata pembunuh lebih banyak berbanding kajian dan bantuan untuk mengatasi masalah ini. mungkin juga para kapitalis sengaja membiarkan masalah ini. lihatlah perbelanjaan negara malaysia yang berbelanja berbillion untuk mengimport makanan. tidak mustahil suatu masa nanti kita juga mengalami masalah ini  jika tanah pertanian terus di teroka menjadi bandar.

akhirnya usaha tangan kita sendiri perlu untuk membasmi masalah ini. ruang yang terhad tidaklah menjadi penghalang untuk kita bertani. pelbagai idea telah di lahirkan. dari hidrophonik hinggalah tanaman menegak yang dapat di tanam di tepi tingkap. siapa yang berusaha dialah yang mendapat hasilnya.

 





 

No comments:

Post a Comment