Friday 2 November 2012

letupan supernova : supernova super berkilau

contoh supernova (cahaya bersinar di bawah kiri) di galaxy NGC 4526
letupan bintang paling jauh di alam semesta telah di temui baru-baru ini, memberi harapan kepada saintis kemungkinan pada suatu hari nanti dapat melihat kematian bintang pertama yang muncul selepas Big Bang, kata penyelidik. letupan bintang paling kuat adalah supernova, sangat terang sehingga dapat melebihi sinaran cahaya semua bintang lain di sekitar galaxy. dalam 12 tahun kebelakangan ini para ahli astronomi telah mengesan kelas terbaru supernova yang di panggil supernova super berkilau, yang mana ia lebih 100 kali lebih bersinar dari semua bintang.






perbandingan matahari dan bintang-bintang lain
asal usul supernova super berkilau ini masih misteri. para penyelidik merasakan ia sebahagian dari letupan bintang yang sangat besar antara 100-250 kali lebih besar dari matahari. letupan ini boleh mencapai kelajuan sehingga  30,000km/j (10% dari kelajuan bunyi). nova adalah bahasa latin yang bermaksud baru. di galaksi kita milky way, tidak ada letusan supernova sejak 1604.












 

No comments:

Post a Comment