makhluk istimewa : paus putih humpback

paus humpback dewasa biasa mempunyai panjang di antara 12-16 meter dengan anggaran berat 36,000 kilogram. di kenali sebagai haiwan akrobatik yang suka menepuk air menggunakan ekor dan siripnya. ia haiwan yang berhijrah sejauh 25,000 kilometer setiap tahun. hanya makan semasa musim panas. diet makanannya hanyalah krill dan ikan kecil. semasa musim sejuk humpback menggunakan lemak simpanan untuk meneruskan hidup. sepertimana paus lain, ia terdedah kepada pemburuan paus dan di ambang kepupusan.
undang-undang tentang penangguhan pemburuan paus pada 1966 telah berjaya meningkatkan populasi paus humpback, tetapi masih ada bahaya di sebabkan peralatan memancing yang berselirat, perlanggaran kapal dan pencemaran bunyi di lautan. banyaknya bilangan haiwan mencerminkan keprihatinan kita terhadap alam sekitar.
No comments:
Post a Comment