Tuesday 6 November 2012

kaki yang berjalan : ia bermula dengan langkah pertama

baru-baru ini kita membaca mengenai seorang lelaki bosnia senad hadzic yang berjalan kaki ke mekkah untuk mengerjakan haji. beliau memulakan perjalanannya dari kota bosnia pada bulan disember 2011 dan tiba di mekkah pada hujung bulan oktober 2012 sebelum umat islam berkumpul di arafah untuk ibadat haji. perjalannya mengambil masa selama 314 hari.




terdapat banyak lagi rekod-rekod berjalan kaki merentasi alam yang luas. mereka melakukannya dengan ketabahan yang luar biasa. alam yang luas ini memerlukan bekas tapak kaki kita. bukankah hidup ini hanya sekali. nikmatilah alam ciptakan tuhan.







antara rekod epik berjalan kaki merentasi alam adalah perjalanan melalui tengah afrika hingga ke pantai atlantik. memakan masa selama 456 hari dan sejauh 2000 batu. di kalangan pasukan pembantu ekspedisi ini ada yang tidak pernah melihat laut sepanjang hidup mereka. perjalan ini di ketuai oleh j. micheal fay. perjalanan melalui hutan tebal ini tamat pada 18 disember 2000. ia di namakan megatransect.



banyak lagi perjalanan hebat yang di lakukan oleh manusia biasa. mungkin yang paling di ingati adalah neil armstrong berjalan di atas permukaan bulan. tetapi harus di ingat, perjalanan para nabi adalah sebaik-baik perjalanan. nabi musa yang berjalan merentasi laut, nabi muhammad yang merentasi semesta ke langit lebihlah menginsafkan kita.

No comments:

Post a Comment